Thursday, November 20, 2008

**Note: I copy this article from Chong Wee's blog just to inform you guys who took Pa2 on 18th of Nov2008. Take a look.

Subject: RE: kesilapan soalan PA STPM 2008
Date: Thu, 20 Nov 2008 17:05:10 +0800
From: ppa@mpm.edu.my
To: william_0070@hotmail.com

Tuan,

Saya merujuk emel tuan mengenai perkara di atas.

Berkaitan dengan maklumat tentang pengeluaran gas asli cecair, memang terdapat kesilapan angka pada perenggan akhir yang dimaksudkan. Angka 150 007 ribu tan metrik yang tertulis sepatutnya ditulis sebagai 15 007 ribu tan metrik.

Sehubungan dengan hal ini, pihak MPM telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya termasuklah memperbaiki skema pemarkahan bagi soalan 8 tersebut untuk mengambil kira kesilapan yang berlaku. Pelajar yang menjawab soalan ini akan diberi pertimbangan yang seadil-adilnya dan tidak akan didenda disebabkan kesilapan maklumat dalam soalan tersebut. Pihak MPM juga ingin memberikan jaminan bahawa pencapaian calon tidak akan terjejas disebabkan oleh kesilapan tersebut kerana segala langkah yang perlu telah dan akan diambil untuk mengatasi masalah yang timbul.

Pihak kami berasa kesal atas kesukaran yang dihadapi calon disebabkan oleh kesilapan yang tidak disengajakan ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(KHAWARI BIN HAJI IDRIS)
Pegawai Perhubungan Awam
b.p. Ketua Eksekutif

Majlis Peperiksaan Malaysia



-----Original Message-----
From: william chua [mailto:william_0070@hotmail.com]
Sent:
Thursday, November 20, 2008
2:36 PM
To: Pegawai Perhubungan Awam
Subject: kesilapan soalan PA STPM 2008


Kepada MPM,

Kami mendapati bahawa soalan PA 2 STPM 2008 Bahagian D No.8 telah membuat satu kesilapan yang besar pada nilai data, iaitu pada petikan yang terakhir nilai untuk pengeluaran getah asli pada tahun 2002. Ia menunjukan angka bernilai ratus ribu,iaitu 150 007 tetapi angka yang dikatakan meningkat pada tahun 2004 hanya menunjukan angka puluh ribu,iaitu 20729 dan juga dengan angka-angka tahun lain hanya menunjukan lima digit sahaja. Jadi,kami beranggap bahawa nilai yang menunjukan enam digit pada tahun 2002 itu,iaitu 150 007 telah berlaku kesilapan.

Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi penjelasan kepada kami semua calon STPM 2008.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Calon STPM 2008


Lampiran: Soalan PA 2 STPM 2008 Bahagian D No.8


No comments: